Monday, November 17, 2008

ANALISIS KEEFISIENAN BANDAR

ANALISIS TAHAP KEEFISIENAN BANDAR

Analisis ini berdasarkan jumlah tertinggi pemilihan responden dalam setiap aspek yang dikaji. Pengkaji melihat kepada tahap tertinggi dalam mana-mana ukuran tahap keefisienan Bandar iaitu sangat efisien, efisien, kurang efisien, tidak efisien dan tiada komen.

1) EKONOMI BANDAR

Dalam aspek ekonomi bandar, rata-rata responden mengklasifikasikan ekonomi Bandar ini berada pada tahap yang efisien. Hal ini mungkin disebabkan bidang ekonomi merupakan bidang yang paling ditekankan untuk memajukan sesebuah bandar. Justeru itu, semua sektor yang terbabit dalam ekonomi sentiasa cuba memastikan mereka dapat memenuhi keperluan penduduk. Daripada semua sektor yang terlibat, sektor peruncitan dan pemborongan mrndapat pemilihan yang tertinggi iaitu sebanyak 31 orang responden. Namun begitu, daripada kajian soal selidik yang dilakukan komunikasi dan ICT menunjukkan bilangan responden yang terbanyak. Sektor ini mendapat paling banyak pemilihan pada tahap yang sangat efisien iaitu 21 orang daripada 45 orang responden berbanding sektor-sektor lain yang mempunyai jumlah yang lebih sedikit jumlahnya. Faktor pemilihan ini adalah disebabkan pada masa kini komunikasi dan ICT menjadi media terpenting dalam kehidupan manusia tanpa mengira batasan umur.


2) KEMUDAHAN MASYARAKAT, UTILITI DAN SOSIAL

Dalam aspek ini pula, setiap item yang diketengahkan mendapat pemilihan yang tertinggi iaitu pada tahap efisien. Daripada item-item ini sekolah swasta atau antarabangsa mendapat bilangan pemilihan responden yang tertinggi iaitu 27 orang responden mengatakan item ini adalah efisien. Cuma, terdapat dua item lain iaitu kemudahan kawasan terbuka dan pusat riadah swasta yang mendapat pemilihan tertinggi pada tahap kurang efisien iaitu masing-masing sebanyak 21 orang responden. Hal ini mungkin disebabkan kurangnya pusat riadah yang boleh dikunjungi oleh penduduk pada kawasan kajian.

3) INFRASTRUKTUR DAN UTILITI

Melalui infrastruktur dan utiliti ini, terdapat dua tahap yang mendapat pemilihan yang tertinggi iaitu tahap efisien dan kurang efisien. Pada tahap efisien, sistem pembentungan atau kumbahan mendapat pemilihan tertinggi iaitu sebanyak 31 orang responden. Keadaan ini mungkin kerana aspek ini menyumbang kepada faktor kebersihan Bandar. Manakala pada tahap kurang efisien, tempat letak kereta dipilh sebagai kurang efisien oleh responden iaitu sebanyak 15 responden. Hal ini mungkin kerana tiada kawasan lapang untuk dijadikan tempat letak kereta kerana terlalu banyak pembangunan yang dijalankan di kawasan Bandar tersebut.

4) REKABENTUK, IMEJ DAN LANDSKAP BANDAR

Dalam aspek ini juga secara keseluruhannya semua responden memilihnya pada tahap yang efisien. Rekabentuk bangunan kerajaan yang berada pada tahap yang efisien ini mendapat pemilihan tertinggi iaitu sebanyak 35 orang responden. Aspek ini dipilih oleh penduduk sebagai yang efisien kerana kebanyakan bangunan mendapat sentuhan moden yang selari dengan kedudukan negara yang berada pada tahap Negara yang sedang membangun. Namun begitu, kawasan lapang dan hijau telah dipilih oleh responden sebagai yang kurang efisien. Pemilihan ini adalah sebanyak 23 orang responden. Hal ini mungkin kerana kebanyakan kawasan lapang telah dilakukan pembangunan.

5) PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

Setiap bahagian dalam pengangkutan dan perhubungan ini menerima tahap yang berbeza-beza iaitu kurang efisien, efisien dan tiada komen. Sebanyak 27 orang responden memilih sistem pengangkutan antar bandar sebagai tahap efisien yang tertinggi manakala lorong pejalan kaki sebagai kurang efisien secara keseluruhannya. Terdapat juga bahagian yang tidak menerima apa-apa respon iaitu tiada komen dalam lapangan terbang dan sistem pengangkutan udara.

6) PERDAGANGAN/ PERKHIDMATAN

Dalam aspek ini pula secara keseluruhannya didapati responden menyatakan setiap sektor adalah efisien. Di antara sektor-sektor tersebut pusat perabot, kedai elektrik dan keperluan kediaman menerima jumlah pemilihan yang tertinggi berbanding sektor-sektor lain. Perkara ini mungkin disebabkan jumlah penduduk yang ramai yang memerlukan keperluan-keperluan tersebut dalam kehidupan mereka.

7) PERKILANGAN DAN PERINDUSTRIAN

Setiap bahagian yang terdapat dalam perkilangan dan perindustrian ini menerima tahap yang berbeza-beza. Walau pun banyak bahagian yang efisien secara keseluruhannya namun terdapat juga bahagian-bahagian yang tidak mendapat tindakbalas atau tiada komen iaitu pada bahagian taman teknologi tinggi. Hal ini mungkin disebabkan penduduk tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan taman teknologi tinggi. Pengiklanan peluang pekerjaan pula menerima pemilihan yang sama rata pada tahap kurang efisien dan efisien. Keadaan ini kerana darjah penerimaan maklumat yang berbeza-beza telah menyebabkan pengiklanan peluang pekerjaan menerima bilangan responden yang sama pada tahap efisien dan kurang efisien.

8) PELANCONGAN DAN BUDAYA

Bagi pelancongan dan budaya, harga dan pakej pelancongan secara keseluruhannya adalah tidak efisien. Ini mungkin kerana kos yang telah meningkat menyebabkan harga dan pakej pelancongan juga turut meningkat. Bagi tahap efisien pula layanan, makanan dan minuman dipilih sebagai yang terbanyak pada tahap ini.

9) PERUMAHAN

Secara keseluruhannya responden mengatakan bahawa kepadatan perumahan dan harga rumah adalah kurang efisien. Hal ini kerana kepadatan perumahan yang tinggi dan harga rumah yang meningkat menyebabkan penduduk merasa terbeban dengan situasi tersebut. Ruang tempat meletak kenderaan di kawasan perumahan pula didapati adalah tidak efisien berdasarkan di kawasan kajian. Perkara ini telah memberikan masalah kepada penduduk. Daripada aspek efisien pula, kemudahan masyarakat di kawasan perumahan mendapat jumlah pemilihan tertinggi. Keadaaan ini mungkin kerana kemudahan untuk di kawasan perumahan telah mencukupi.

10) KESELAMATAN DAN KAWALAN

Pada aspek ini semua item yang terkandung dalam keselamatan dan kawalan menerima tahap ukuran pada tahap efisien. Dalam tahap efisien ini pula, kawalan atau pencegahan denggi menunjukkan jumlah pemilihan yang tertinggi. Hal ini kerana aspek keselamatan penduduk menjadi fokus utama sesebuah bandar kerana kesihatan penduduk menjamin produktiviti sesebuah bandar. Namun begitu, terdapat dua item lain yang dikatakan kurang efisien iaitu kadar tindak balas pihak berkuasa ketika kecemasan dan juga kawalan maksiat dan perbuatan sumbang di tempat awam. Ini dapat dilihat gejala social yang berlaku di kawasan tersebut.

11) GOVERNANS

Semua perkara yang termasuk dalam governans ini dapat diklasifikasikan sebagai efisien. Pemilihan tertinggi dapat dilihat pada peranan pihak berkuasa tempatan ( majlis daerah, majlis perbandaran, majlis bandaraya dan dewan bandaraya) iaitu sebanyak 29 orang responden tetapi terdapat juga perkara yang dianggap kurang efisien oleh penduduk secara purata. Perkara tersebut adalah kemudahan bayaran cukai tafsiran, kompaun dan saman dan juga pembangunan kawasan terbiar. Kedua aspek ini dilihat oleh penduduk kurang diberi perhatian oleh pihak kerajaan.

12) ALAM SEKITAR

Aspek alam sekitar di kawasan yang dikaji juga secara puratanya berada pada tahap efisien. Ia dapat dilihat dari segi penguatkuasaan kawasan sensitif alam sekitar yang menunjukkan pemilihan bilangan responden terbanyak pada tahap efisien. Tetapi terdapat juga tahap kurang efisien seperti kualiti air sungai dan juga kawalan penyahhutanan. Ini dapat dilihat berdasarkan kualiti air sungai yang agak teruk.

13) PERKHIDMATAN SECARA ONLINE / E - GOVERNANS

Berdasarkan perkhidmatan ini, kebanyakan responden mengatakan ianya berada pada tahap kurang efisien. Cuma terdapat dua perkhidmatan secara online yang dikatakan efisien oleh responden iaitu semakan cukai tafsiran dan tempahan online utiliti dan kemudahan awam. Kebanyakan responden yang memilih perkhidmatan online ini kurang efisien ini mungkin kerana kurangnya pendedahan berkenaan kemudahan yang dijalankan pihak berwajib.

2 comments:

Takayo Hachiro (貴代八郎) said...

Thanks for your blog to help me to finish my school project :D

markidudel said...
This comment has been removed by the author.