Saturday, August 2, 2008

MASALAH SETINGGAN

MASALAH SETINGGAN DI MALAYSIATarikh: Friday, April 13 @ 09:45:01 MYTTajuk: Infomasi untuk semua
Di Malaysia,isu tentang percambahan kawasan setinggan telah hangat diperkatakan sejak dulu lagi.Walaupun kerajaan telah mengambil pelbagai tindakan termasuk merobohkan kawasan setinggan yang terletak di atas tanah kerajaan,namun masih ada beberapa pihak yang masih berdegil dan tidak mengendahkan tindakan yang telah diambil ataupun yang akan diambil oleh pihak kerajaan.Terdapat beberapa perkara yang telah dikesan menjadi punca utama percambahan kawasan setinggan di negara kita.Antaranya ialah kedatangan pendatang tanpa izin dan buruh asing yang telah membanjiri negara kita.Kedatangan mereka ini adalah kerana peluang pekerjaan yang tinggi ditawarkan di negara ini disamping perbezaan nilai matawang negara kita yang lebih tinggi berbanding dengan negara mereka.Walaubagaimanapun,kita tidak boleh menyalahkan mereka seratus peratus kerana hal ini berpunca daripada sikap rakyat kita sendiri yang malas dan terlalu memilh pekerjaan.Rakyat kita lebih suka memilih pekerjaan yang dikatakan lebih standart seperti pekerjaan di pejabat danmeminggirkan pekerjaan seperti buruh binaan,petani dan sebagainya.Keadaan inilah yang telah menyebabkan berlakunya kebanjiran pendatang asing di negara kita dan menambahkan masalah setinggan.Seiring dengan era teknogi maklumat,negara kita telah melangkah setapak lagi ke arah kemajuan dan manjadi sebuah negara membangun di dunia.Dengan kemajuan ini,taraf hidup rakyat Malaysia turut meningkat.Walaubagaimanapun,terdapat juga sebahagian rakyat yang tidak mampu bergerak seiring dengan kemajuan negara ini dan hidup terpinggir.Mereka tidak mampu unutk membeli rumah lalu memilih untuk membina rumah setinggan di kawasan tanah kosong.Hal ini juga menjadi punca bertambahnya penempatan setinggan di negara kita.Kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang bagi menghapuskan kawasan setinggan.Kerajaan telah mengambil tindakan drastik dengan merobohkan rumah-rumah di kawasan setinggan.Hanya dengan cara ini dapat menakutkan mereka supaya tidak melanggar undang-undang.Walaubagaimanapun,masih ada pihak yang berdegil dan melakukan demonstrasi bagi membantah perobohan rumah mereka dengan alasan mereka tidak mempunyai hala tuju lain.Kerajaan juga telah mengambil langkah menghantar pendatang tanpa izin yang datang ke negara ini pulang ke tempat asal mereka semula.Pihak kastam telah mengambil langkah mengawasi setiap pintu masuk dan sekitar perairan yang kerap kali digunakan oleh tekong untuk membawa pendatang izin masuk.Bagi tanah milik persendirian,kerajaan menyarankan agar tanah itu diusahakan dengan menanam buah-buahan atau memajukan tanah itu kepada ladang kelapa sawit atau getah.Kerajaan juga akan memberikan pinjaman kepada pengusaha yang ingin mengusahakan tanaman mereka.Di samping itu,kerajaan juga telah menggalakkan pembinaan rumah kos rendah dan rumah pangsa bagi mereka yang kurang berkemampuan.Dengan usaha ini,secara tidak langsung,ia dapat menampung keperluan penduduk Malaysia yang semakin meningkat dan ditambah pula dengan kemasukan pendatang asing.Sungguhpun demikian,jika kerjasama daripada rakyat Malaysia sendiri tidak ada,tidak mungkin semua rancangan ini akan berjaya.Jauhi diri daripada melakukan kesalahan atau melindungi rakyat asing.Sebagai rakyat Malaysia,kita haruslah mematuhi peraturan negara kita yang telah wajud sejak dahulu lagi.Justeru,kerajaan perlu mengambil tindakan tegas tentang isu masalah setinggan ini.Denagn kerjasama daripada orang ramai,setiap langkah yang diambil dapat dijauhkan.Hal ini perlu bagi menaikkan taraf negara kita agar dihormati di seluruh dunia.Oleh: Hazril Azam, SMKC

JEREBU

Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.
Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kilang dan jumlah kenderaan yang banyak menjadi penyumbang utama kepada fenomena ini. Selain daripada itu keadaan cuaca memburukan lagi keadaan, dimana pada tahun 1997, negara telah dilanda fenomena El-Nino yang membawa cuaca kering dan panas berpanjangan. Jumlah hujan menurun dan negara mengalami masalah bekalan air dan penurunan tekanan air. Antara daerah yang mengalami masalah ini di Sabah ialah daerah Kota Merudu, Kota Belud dan Kudat.
Namun begitu kejadian jerebu yang paling teruk dialami pada tahun lalu adalah disebabkan oleh pembakaran terbuka oleh negara jiran. Sabah juga terjejas teruk akibat daripada fenomena ini. Pembakaran terbuka di Kalimantan nyata telah membawa padah apabila api sukar dikawal dan menjilat sebahagian besar kawasan hutan. Oleh kerana Kalimantan agak berdekatan dengan Sabah maka penduduk semakin cemas dan langkah berjaga-jaga harus dilakukan. Asap akibat daripada pembakaran tersebut meliputi negeri Sabah menyebabkan keadaan semakin teruk. Sabah terpaksa menghantar bantuan kepada Kalimantan dan Indonesia untuk memadam kabakaran. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri telah menghantar 80 orang anggotanya untuk tujuan tersebut. Pembakaran ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada negara kita malah negara-negara lain yang berdekatan seperti Thailand, Singapura, Brunai dan Filipina juga tercemar dengan teruk. Jabatan Kajicuaca Sabah melipatgandakan usaha untuk memberikan bacaan Index Pencemaran Udara (IPU) kepada semua penduduk untuk mengetahui tahap kualiti udara yang tepat.
Sumber : Borneo Post, 23/9/1997 dan Daily Express, 5/2/1997

BANJIR KILAT

Banjir Kilat: Kuala Lumpur “Tenggelam”?

Kuala Lumpur, 14 Jun - Petang ini, Presiden KeADILan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ibrahim diiringi Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua, bekas Naib Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Sharifah Shahida Syed Kamaruzaman, ahli exco AMK Ginie Lim dan 20 orang ahli Angkatan Muda (Wilayah Persekutuan dan Selangor) melawat kawasan Masjid Jamek dan kawasan perniagaan Masjid India.
Peniaga-peniaga di sana kerugian besar selepas air banjir naik paras setinggi 5.8 kaki. Terdapat kedai yang masih ditutup, dan ramai peniaga yang melelong barangan rosak seperti baju, kain, dan sebagainya. Terdapat juga peniaga yang terpaksa meminjam wang untuk membayar hutang perniagaan mereka.
Wan Azizah kesal dengan keadaan yang dihadapi peniaga di sana dan mendesak DBKL dan kerajaan pertimbang balik dasar pembangunannya dan membincangkan langkah-langkah pemulihan dengan pakar-pakar alam sekitar dan mengambil kira pandangan masyarakat awam dalam mengusahakan pencegahan masalah banjir daripada berulang di Kuala Lumpur.
Banjir besar yang melanda Kuala Lumpur Ahad lalu bukan kejadian luar biasa walaupun jumlah air hujan melampaui 9 kali ganda purata biasa.
Menurut Wan Azizah , Kuala Lumpur sudah berkali-kali mengalami banjir teruk, kejadian sebelum ini berlaku tiga tahun lalu.
Kali ini, dalam tempoh seminggu, dua kejadian banjir kilat yang teruk melanda ibukota mengakibatkan kerugian harta benda berjuta-juta wang ringgit.
Soal Wan Azizah: “Apakah yang sudah dibuat oleh DBKL dan kerajaan dalam tiga tahun ini untuk menangani masalah banjir di Kuala Lumpur?
“Kita telah menyaksikan cara pihak berkuasa memusnahkan taman-taman serta pokok-pokok untuk membina lagi satu bangunan pejabat. Bukit-bukit pula diratakan untuk memuaskan golongan pemaju.
“Jika ini berterusan, kolam-kolam, longkang dan terowong yang kita bina tidak akan menyelesaikan akar masalah banjir, iaitu perancangan bandar yang tidak effisyen, dan pembangunan tidak terkawal,” katanya.
Wan Azizah juga hairan dengan kerajaan yang cenderung untuk menganugerahkan kontrak-kontrak lebuhraya dan jalan bertol tetapi, pada masa yang sama, kurang berminat kuatkuasakan pembersihan sungai-sungai dan longkang-longkang yang tersumbat.

PENCEMARAN

Posted: Wed Dec 12, 2007 2:54 pm Subject: ISU PENCEMARAN ALAM

KERTAS KERJA SEMINAR PEMBANGUNAN & ISU-ISU GLOBAL PENGENALAN Jika kita lihat tajuk perbincangan ini, ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan banyak aspek boleh dibincangkan . Tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-dalamnya maka kita dapati satu perkara yang perlu diambil kira adalah pada perkataan 'memerlukan penelitian bersama' . Berdasarkan kepada isu yang hendak dibincangkan 'memerlukan penelitian bersama' membawa maksud bahawa , isu pencemaran yang merupakan isu global ini perlu dibincangkan, difikirkan dan ditangani bersama-sama di peringkat antarabangsa . Ini adalah kerana masalah pencemaran yang berlaku di seluruh dunia ini pernah, sedang dan akan dialami oleh semua negara . Jadi langkah-langkah bijak perlu dirancangkan bagi mengatasi masalah ini . Bagaimanakah cara kita hendak menyelesaikan masalah di atas ? Cara kita menjawab atau menyelesaikannya adalah bergantung kepada persepsi kita sendiri terhadap alam sekitar . Ia juga mendedahkan cara hidup kita; adakah cara hidup kita dapat membantu memulihara alam sekitar atau sebaliknya ? Unit Pendidikan Persatuan Pencinta Alam atau Malaysia Nature Society (MNS) sering menerima pertanyaan tentang apakah cara-cara memulihara alam sekitar yang sepatutnya dilakukan oleh semua pihak . Tidak kurang juga yang menanyakan adakah usaha seorang individu dapat memulihara alam sedangkan masalah-masalah itu telah menjadi semakin rumit . Jika kita meniliti punca-punca masalah alam sekitar, kita mendapati bahawa kebanyakannya disebabkan oleh permintaan manusia terhadap hasil keluaran industri . Ini membawa kepada masalah tekanan terhadap keupayaan bumi membekalkan ruang dan sumber untuk permintaan ini . Tekanan terhadap alam sekitar terdiri daripada dua bentuk . Pertamanya tekanan daripada permintaan terhadap sumber asli seperti bahan api, air dan juga tanah . Keduanya, ialah sisa industri yang mencemarkan udara dan persekitaran . Ini menyebabkan berlakunya pencemaran serius secara global seperti kesan rumah hijau, permusnahan ozon dan hujan asid . Bila kita fikirkan mengenai pencemaran secara global ini, rasanya terlalu sukar untuk seseorang individu itu memperbaiki keadaan . Kita mungkin tertanya-tanya, apakah tindakan seorang individu itu berupaya untuk memberikan apa-apa kesan ? Namun begitu, kita harus sedar bahawa pencemaran yang serius beginilah sebenarnya berpunca daripada tindakan individu juga . Oleh yang demikian, tindakan individu jugalah yang dapat membantu menyelamatkan bumi kita ini . Definisi Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap . Jenis-jenis pencemaran Terdapat pelbagai cara pencemaran ini boleh berlaku . Tetapi ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu : Pencemaran yang disebabkan oleh faktor Semulajadi : Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya . Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia : Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan . Antaranya adalah: a. Pencemaran Udara Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya . b . Pencemaran Air Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya . c . Pencemaran Tanah Contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal . Kesan-kesan Pencemaran Mengancam Kesihatan Manusia Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu . Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi . Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak . Selain dari itu seperti yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul . Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut . Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . Ia dikenali sebagai penyakit Minamata . Mengancam tumbuhan dan binatang Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut . Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung . Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton . Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kepada penggunaan sumber air tersebut . Sebagai contoh yang lain kesan daripada keracun raksa, kejadian yang aneh berlaku di Teluk Minamata, Jepun, yang mana burung-burung yang sedang terbang tiba-tiba menjunam dari angkasa . Kucing berjalan terhoyong-hayang dengan mulut yang berbuih, kemudian berlari tidak menentu lalu mati . Kapal Showa Maru yang menumpahkan 7700 tan minyak di kepulauan Riau dalam tahun 1975, menjejaskan beratus-ratus hektar tanaman tropika di perairan Indonesia . Walaupun selepas empat tahun kejadian tersebut berlaku, kesan saki-baki minyak masih kelihatan dan telah memusnahkan ekosistem laut di Asia Tenggara yang terkenal sebagai akuakultur . Kerosakan Harta Benda Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi, ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya, banyak memberi kesan kepada kerosakan harta benda . Sebagai contoh kejadian letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia iaitu Gunung Merapi telah menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda . Ini disebabkan oleh lahar panas yang dikeluarkan oleh gunung tersebut . Antara kerosakan harta benda yang berlaku ialah kemusnahan kediaman penduduk dan kemudahan infrastruktur di kawasan yang terlibat ._________________