Wednesday, September 17, 2008

LATAR BELAKANG DBKL

Daripada sebuah pekan kecil Kuala Lumpur telah menjadi Ibu Kota Negara dan sebuah bandar yang terbesar di Malaysia. Bandar Raya Kuala Lumpur kini menjadi penting dan menjalankan peranan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, kewangan, pentadbiran, pendidikan, agama, kebudayaan dan sukan.

Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan tunggal (corporation sole), sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972.





Kuala Lumpur 1926 Kuala Lumpur 2003

Tan Sri Dato' Lokman Yusof bekas Pesuruhjaya Ibu Kota telah dilantik sebagai Datuk Bandar yang pertama. Beliau meninggal dunia pada 15.5.1972. Tan Sri Yaakob Latiff telah berkhidmat sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kedua selama 10 tahun. Beliau telah digantikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ketiga iaitu Tan Sri Dato' Elyas Omar pada 1.2.1983. Datuk Bandar Kuala Lumpur yang keempat ialah Dato' Dr. Mazlan Ahmad yang telah dilantik pada 17.11.1992. Tan Sri Dato’ Kamaruzzaman Shariff, Datuk Bandar Kuala Lumpur kelima, dilantik sebagai Datuk Bandar pada 14.12.1995 hingga 13.12.2001. Beliau diganti oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang keenam iaitu Y. Bhg. Kol. Datuk Hj. Mohmad Shaid b. Mohd Taufek yang dilantik pada 14.12.2001. Kemudian, daripada 14.12.2004 sehinggalah 13.12.2006, jawatan Datuk Bandar yang ketujuh telah disandang oleh Y Bhg. Dato' Hj. Ruslin bin Hj. Hasan. Kini, bermula dari 14.12.2006, jawatan Datuk Bandar yang kelapan telah disandang oleh Y Bhg. Dato' Ab. Hakim bin Borhan.

servis online DBKL

Servis_Online@DBKL
myTempahan
myTempahan membolehkan wargakota membuat tempahan kompleks sukan dan pusat komuniti DBKL secara atas talian..
e-Khidmat
Projek perintis dibawah aplikasi perdana kerajaan elektronik...
e-Perumahan
Permohonan untuk Menyewa Rumah Awam DBKL dan Membeli Rumah Projek DBKL/Swasta....

e-Lesen
Permohonan dan penyemakan status permohonan lesen perniagaan dan lesen penjaja....
Kiosk Kawalan Pembangunan
Permohonan kelulusan perancangan dan kelulusan pelan bangunan serta maklumat kawalan pembangunan dan peta interaktif Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur .....

Trafik KL
Real Time Traffic Information System....

e-Kaunseling
Pusat Tele-Kaunseling KL ini menyediakan perkhidmatan kaunseling bagi wargakota yang mempunyai masalah ....

Perpustakaan Kuala Lumpur
Perpustakaan Kuala Lumpur bermula dengan nama Pustaka Peringatan Kuala Lumpur....
Sistem Pengurusan Peperiksaan & Induksi
Laman Sistem Pengurusan Peperiksaan & Induksi yang dikelolakan oleh Bahagian Latihan, Peperiksaan & PTK.....

wangsa maju

BANDAR WANGSA MAJU DIRASMIKAN OLEH PERDANA MENTERI DATUK SRI DR. MAHATHIR MOHAMAD

Tarikh Siaran: 26.02.2000

Tarikh Peristiwa: 26.2.1984

--------------------------------------------------------------------------------

Adalah menjadi tugas utama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk melaksanakan projek-projek pembangunan bandar-bandar baru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Wangsa Maju adalah merupakan projek pembangunan bandar baru yang kedua dilaksanakan oleh DBKL, selepas bandar Baru Tun Razak, Cheras pada tahun 1975.

Pada hari ini 26.2.1984 Perdana Menteri YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan bandar baru tersebut bersempena dengan sambutan ulangtahun penubuhan Wilayah Persekutuan Ke 10.

`Wangsa Maju' iaitu singkatan kepada `Bandar Baru Titiwangsa Maju' adalah projek pembangunan bandar baru yang berbentuk usahasama yang pertama yang diusahakan dan dilaksanakan oleh DBKL dan Peremba Berhad. Penglibatan pihak swasta mencerminkan hasrat Kerajaan membangunkan negara menerusi konsep Persyarikatan Malaysia.

Wangsa Maju juga merupakan sebuah pusat bandar baru yang dirancang selaras dengan Pelan Struktur bagi menyediakan kawasan perumahan, perdagangan dan perindustrian.

Pembangunan projek itu melibatkan keluasan lebih kurang 410 hektar (1.025 ekar). Dalam Fasa 1 terdapat 12,028 unit rumah kos sederhana dan rendah, manakala Fasa 2 pula adalah merupakan pembangunan pusat bandar, kawasan perindustrian, `town parks' dan pembinaan rumah harga tinggi. Pelaksanaan Fasa 1 akan siap sepenuhnya pada akhir tahun 1986 dan Fasa 2 pula pada tahun 1995.

Sesungguhnya dengan perasmian projek pembangunan Bandar Baru Wangsa Maju yang julungkalinya dijalankan secara usahasama pada hari ini diharap akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang dan dapat meningkatkan lagi proses perbandaran negara ini dengan jayanya.

VISI, MISI & FUNGSI DBKL

Visi & Misi DBKL


Visi DBKL
Ke arah menjadikan Bandaraya Kuala Lumpur, sebuah bandaraya bertaraf dunia.

Misi DBKL
Merancang, membangun, mentadbir dan mengurus Bandaraya Kuala Lumpur.

Objektif DBKL
Memastikan dan mempercepatkan pelaksanaan pencapaian status bandaraya bertaraf dunia yang unggul dan cemerlang.


Dasar Kualiti DBKL
Menyedia dan mempertingkatkan perkhidmatan yang efisyen, mesra dan telus, selari dengan kemajuan dan pembangunan kakitangan.

Slogan DBKL
Bersedia menyumbang ke arah bandaraya cemerlang.

Fungsi DBKL
Memberi perkhidmatan pembersihan dan pelupusan sampah.
Memberi perkhidmatan kesihatan awam dan mengawal pencemaran.
Mengurus pengindahan bandar.
Membina dan menyelenggara jalan, mengadakan prasarana pengangkutan serta mengurus sistem lalulintas.
Membina dan menyelenggara sistem perparitan dan sungai.
Merancang dan mengawal pembangunan bandar.
Membina dan mengurus perumahan awam.
Pengurusan, pengawalan dan penempatan semula setinggan.
Mengurus dan mengawal hal ehwal penjaja dan peniaga kecil.
Mengeluar dan mengawal lesen perniagaan.
Merancang dan melaksanakan aktiviti sukan, kebudayaan dan pelancongan.
Menyediakan, mengurus dan menyenggara kemudahan awam (stadium, kompleks sukan / pusat komuniti, masjid / surau, taman rekreasi, pasar, pusat penjaja, perpustakaan, tandas awam, perhentian bas / teksi, tanah perkuburan dan krematorium).
13.91 km persegi
Jumlah Penduduk 152,900 (bancian pada tahun 2000)
Komposisi Penduduk Bumiputera : 83,200 (54.00%)
Bukan Bumiputera : 69,700 (46.00%)
Peta Parlimen